Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 21 August 2011

tenanglah wahai hati ~

Assalamualaikum :D

      Hai ! macam dah lame tak update blog. tade mood la. heehee. Erm, oke la ptg ni sementara tunggu azan maghrib, tibe2 terfikir nak pot pet kat dlm blog. Nak pot pet kat rumah, tade sape nak layan. So, kat blog la tempat meluah. Tak kesah la de org nak layan atau tak, yang penting, screen laptop accer sudi nak layan. haha.

Just nak share....
Setiap hari kite ketawa..
Setiap hari ade je kawan yang kite jumpa..
Setiap hari kite dapat ape yang kite nak (walaupun tak semua, at least ade la jugak kan )..
Tapi kenapa hati kita still tak gembira??

Kita sembahyang setiap hari, kita selalu berdoa kepada Allah, kita mintak sungguh2 pada Allah. Tapi kenapa susah sangat doa kita Allah nak makbul kan? 


Sedangkan Allah ade berfirman ,
               " BERDOALAH KEPADAKU NESCAYA AKAN AKU KABUL KAN "
So, ape sebenarnya masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak hargai dengan setiap nikmat yang kita dapat. Kita terlalu memikirkan apa yang kita takde samapi kan kita lupa dengan apa yang ada di sekeliling kita ~

Kita berdoa hari2, tapi kenapa susah sangat Allah nak makbul kan doa kita ?


Sebab kita asyik meminta pada Allah tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah. Sedangkan dosa2 kita terlalu banyak pada Allah. Macam tak malu kan kita ni ?
Kita merintih dam merayu supaya Allah makbul kan doa kita, tapi lepas kita dapat kesenangan tu, kita lupa pada Allah. kita tak bersyukur pada Allah. Apabila datang balik kesusahan kat kita, baru kita nak ingat Allah . nak menangis dan nak merintih. Hmm, macam mana Allah nak makbulkan doa kita ?

Hari2 kite buat baik, kita tolong orang, Kita sedekah kat orang, kita buat macam2 tapi kenapa kita tak dapat rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan ? Kenapa hati kita still tak tenang?kenapa ye?

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Kita nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?


Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia.

Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bukan tu je, kita alpa dengan nikmat yang ada.
Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya.UMMATI UMMATI !  sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?


Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri.


                                                 Tenanglah dikau, wahai hati...


Wassalam ~






2 comments: